Skip to main content

Syukur alhamdulillah pada bulan Februari yang lepas, team KIUT selesai memberikan bantuan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekitar Daerah Mersing. Bantuan berupa barangan seperti Biskut, Makanan & Minuman 3 in 1, Air Mineral, Susu dan Lampin bayi.

Hujan yang tak berhenti ditambah pula pertembungan air laut pasang besar yang memburukkan lagi keadaan.

Keesokan harinya kami bergerak menaiki bot menghulurkan bantuan makanan asas buat keluarga orang asli Kahang, Kluang, yang terputus hubungan selepas laluan keluar masuk ke perkampungan mereka dinaiki air banjir yang luar biasa.

Alhamdulillah kami dah sampaikan amanah kalian untuk misi bencana banjir Johor.. Moga Allah gandakan rezeki buat kita semua.. amiiin

Leave a Reply