Latar Belakang KIUT

Pertubuhan Kebajikan Insan Ustaz Tido Malaysia (KIUT) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif sah berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Kementerian Dalam Negeri dengan nombor pendaftaran PPM-007-03012022.

KIUT ditubuhkan pada 01 Oktober 2021, dipengerusikan oleh Encik Mohamad Khailil bin Razak (Ustaz Tido) dan dibantu oleh 6 orang ahli jawatankuasa.

Sejarah KIUT

2020
Kerja amal secara individu
2021
Bantuan asnaf secara berkumpulan
2022
Kelulusan pertubuhan secara rasmi

Objektif

  • Meningkatkan kecekapan  dan keberkesanan dalam menyampaikan kebajikan kepada golongan yang memerlukan.
  • Membantu meringkan kesusahan golongan miskin, ibu tunggal, OKU, pelajar, anak yatim, keluarga yang ditimpa kesusahan, yang memerlukan bantuan makanan, kewangan, keperluan kebajikan dan pendidikan tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan.

Visi

Peneraju utama kebajikan insan dalam pembangunan dan kesejahteraan masyarakat.

Misi

Menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mampu membela hak-hak kemanusiaan sejagat melalui bantuan-bantuan kemanusiaan, pendidikan dan keilmuan, pembangunan sosio-ekonomi  dan pengupayaan masyarakat dalam pelbagai bidang bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat.

KIUT DAKWAH CENTRE

Dalam merealisasikan impian KIUT untuk menjadi pusat pembangunan dan pendidikan ummah melalui aktiviti gaya hidup Islam, KIUT berhasrat untuk membina sebuah Pusat Dakwah (Dakwah Centre) di atas tanah seluas 4 ekar yang diwakafkan di Daerah Mersing untuk memberi kemudahan kepada penghuninya serta masyarakat di seluruh Negeri Johor, khususnya penduduk di sekitar daerah Mersing.

kiut dakwah centre
1

FASA 1

Pejabat KIUT dan Pusat Bantuan Asnaf
2

FASA 2

Pembinaan Musolla (Surau)
3

FASA 3

Pembinaan Maktab/Madrasah Quran

Projek ini terdiri daripada 3 fasa.Fasa pertama adalah pejabat KIUT dan pusat bantuan asnaf (telah siap sepenuhnya). Fasa ke 2 adalah untuk membina sebuah musolla (surau) yang boleh menempatkan seramai 200 orang jemaah (telah siap sepenuhnya) dan fasa ke 3 adalah membina sebuah maktab/madrasah untuk pembelajaran Al-Quran & Hadis untuk kanak-kanak (akan datang).

AKTIVITI KIUT

KIUT berperanan sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menjadi platform untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dalam menangani pelbagai keperluan sosial ke arah kesejahteraan rakyat.

KIUT aktif menjalankan pelbagai aktiviti bagimemenuhi keperluan sosial seperti isu kemiskinan, kesihatan, kebajikan golongan asnaf, bantuan pengurusan bencana,agihan bantuan makanan asas berupa barang dapur dan pembinaan atau baik pulih rumah, masjid, surau,sekolah dan madrasah di seluruh Malaysia.

KIUT komited dalam menjalinkan hubungan kerjasama diantara Jabatan/ Agensi Kerajaan dan Swasta,NGO, Persatuan serta Media untuk memastikan keberkesanan perlaksanaan program dan aktiviti dari semasa ke semasa.

2022 TAHUN PENDIDIKAN

Tahun 2022 merupakan tahun pendidikan buat KIUT.Selain memberikan sumbangan kepada keluarga asnaf, kami juga giat mendidik anak-anak   golongan asnaf dengan mengadakan KEM MOTIVASI ASHABUL KAHFI sebanyak 2 kalisebulan dengan harapan supaya anak-anak asnaf ini terbuka minda untuk mengubah nasib keluarga mereka di masa hadapan berlandaskan ajaran islam.

KEM ASHABUL KAHFI adalah program intensif selama 3 hari dan diadakan di setiap daerah di Negeri Johor.Kem ini menerapkan pendidikan berlandaskan agama seperti solat berjemaah, ceramah agama,bacaan hadis, muzakarah Al­ Quran,muzakarah adab, qiamullail dan juga ceramah motivasi.

Objektif utama KEM ASHABUL KAHFI adalah untuk menjelaskan hala tuju anak­ anak muda,membina jati diri anak muda yang berakhlak dan beradab, memupuk semangat dakwah dan cintakan agama,membuka minda anak muda agar terus berusaha sehingga mampu mengubah nasib keluarga sekaligus memutuskan rantaian asnaf di Negeri Johor.

Mereka Telah Bersama Kami

Mentor pelaburan saham no 1 Malaysia

Yg Bhg Prof Adjung Datuk Hj Mohd Asri

  • Mentor pelaburan saham no 1 Malaysia
  • BursaMarketplace Social Influencer
Pengasas KIUT

Ustaz Khailil Bin Razak

  • Pengerusi KIUT
  • Ikon Orang Muda Johor (OMJ) 2021
Pengarah urusan Murtadha Dakwah Centre (MADAD)

Ustaz Yaakub Yusra

  • Pengarah urusan Murtadha Dakwah Centre (MADAD)
  • Panelis Rancangan Assalamualaikum TV Alhijrah

Galeri KIUT

Dana Ummah – Bantuan Banjir Pantai Timur

kiut dakwah centre

Bantuan Mangsa Banjir

kiut dakwah centre

Bantuan Kampung Orang Asli

kiut dakwah centre

Bantu Kebajikan Asnaf

kiut dakwah centre

Kem Ashabul Kahfi

kiut dakwah centre

Lawatan CEO MAINJ