Skip to main content
Alhamdulillah puji-pujian dipanjatkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada junjungan, Baginda Rasulullah SAW.
Minggu lepas Allah telah hadirkan penyumbang yang baik-baik dan sebanyak RM25,187.00 berjaya dikumpulkan untuk misi bantuan pasca banjir pantai timur.
92.3% daripada jumlah sumbangan telah disalurkan kepada mangsa banjir dengan bantuan berbentuk 10 buah peti ais, 10 buah mesin basuh, 12 buah tilam, alatan mencuci dan bantuan wang tunai. Selebihnya 4.5% dibelanjakan untuk kos operasi, 1.4% untuk upah sukarelawan dan 1.8% adalah lebihan baki kutipan (telah disalurkan kepada asnaf di Mersing).
Terima kasih para penyumbang. Semoga bantuan yang disalurkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan menggembirakan hati mereka yang terkesan akibat banjir.
Jumlah kutipan dan pecahan perbelanjaan
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.anha bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ أَدْخَلَ عَلَى أَهْلِ بَيْتٍ مِنَ الْمُسْلِمِينَ سُرُورًا لَمْ يَرْضَ لَهُ اللَّهُ ثَوَابًا دُونَ الْجَنَّةِ
Maksudnya :” Sesiapa yang menggembirakan mana-mana orang Islam maka Allah tidak akan memberinya pahala tanpa diberikan juga syurga.”
Riwayat Al-Tabarani (910) di dalam Al-Mu’jam Al-Saghir
Didalam hadis yang lain daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda:
مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنيَا نَفَّسَ اللهُ عنهُ كربَةً مِنْ كُرَبِ يومِ القيَامَةِ ومنْ يسَّرَ عَلى مُعسِرٍ يسَّرَ اللهُ عليهِ فِي الدُنيَا والآخِرَةِ ومَنْ سَتَرَ مُسْلِماً سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنيَا والآخِرَةِ واللهُ فِي عَوْنِ العَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عونِ أخيهِ
Maksudnya: “Sesiapa yang meringankan daripada seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah SWT akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan di Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aurat atau keaiban) seorang muslim, Allah akan menutup (aurat atau keaiban) nya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya.
Riwayat Muslim (2699)

Ya Allah, muliakan dan bahagiakanlah mereka yang telah bersama-sama menyumbang dalam misi ini. Kurniakan mereka dan seluruh keluarga mereka kesihatan yang baik dan gantikan apa yang telah mereka sumbangkan dengan rezeki yang berlipat ganda. Aminn.

Leave a Reply